Showing posts with label DagiNg... Show all posts
Showing posts with label DagiNg... Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Tulang Asam Tumis Mama Style..

Nyum Nyum...bab makan memang sedap hehehe...

Ok n3 untuk kali ni Tulang Masak Asam Pedas Tumis.. masakan yang simple..
yang penting sedap..

Selalunya kalu tulang nih mama wat sup ala thai atau wat gulai..kali nih tukar selera wat Asam tumis plak.. best gak.. Asam tumis ni selalu guna ikan pari..apa salahnya sesekali tukar tulang plak kan..

Oklah, mama tengah wat keje nih..so, takleh nak membebel banyak2.. terus tgk resepi la kan..



ASAM PEDAS TUMIS TULANG..

Bahan-bahan:-
  • 1/2 kilo tulang- rebus hingga daging dah tak liat
  • 2 senduk cili kisar - kuantiti ikut masing2..tp asam pedas tumis ni agak pekat banding asam pedas biasa
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • semangkuk air asam jawa
  • garam
  • aji - optional
  • gula
  • belacan - mama tak guna tp mama ganti ngan sebuku kiub ikan bilis
  • secekak daun kesom
  • bunga kantan - optional
  • kacang bendi - kalu nak buh la..
Cara masak :-
  1. panaskan minyak n tumis bawang2 yg dah ditumbuk. 
  2. dah wangi masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. boleh masukkan tulang - mama sejukkan dulu dan buang lemak yg beku.. air rebusan ambil sebagai kuah (sikit je)
  4. masukkan air asam jawa, garam, gula, aji dan kiub ikan bilis..
  5. masukkan juga daun kesom dan bunga kantan
  6. rasa mengikut citarasa masing2..
  7. masukkan kacang bendi kalu suka...siap =)

Monday, November 28, 2011

Sup Tulang lagi..


Bersua lagi...
alhamdulillah syukur dikurniakan kesihatan yg baik..dapatlah mama sambung blog nih..

resepi yang mama nak share ari ni adalah Sup Tulang yang dimasak ala2 Thai...mama amik resepi ni dari yatichedet20 kat MyR. yati buat sup ekor..mama derhaka sket tukar dengan tulang heheh..jgn marah ek...tp mmg sedap.. en.Hubby kata takyah beli dah camni..mama senyum je heheh...pandai dia amik hati...ahakss..

ok mama CnP je resepi yati kat bawah nih..dan mama sertakan sekali cara yang mama dah edit untuk disesuaikan dengan bahan yg mama ada..



Bahan-bahan

  • 1 kg ekor - mama guna tulang tak sampai 1/2 kilo
  • 5 btg serai di ketuk - 1 btg je..dipotong serong
  • 2 labu bawang besar belah empat - 1 labu dibelah 8
  • 6 ulas bawang putih diketuk- 3 ulas je..
  • 10 biji cili api hijau dan merah diketuk- mama guna 8 biji..suke pedas hehe
  • 3 inci halia diketuk - 1 1/2 inci
  • seikat kecil daun ketumbar- takde..
  • 3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam)- 2 biji
  • 1 biji tomato saiz besar - sama
  • 5 helai daun limau purut- 1 helai je
  • nampla (sos ikan) jika suka- guna..
Cara Masak
  1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut- mama rebus hampir 1 jam..alhamdulillah daging tu lembut, bawang guna 1/2 dr sebijik..
  2. tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
  3. masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. - sblm masuk cili..mama amik sket bahan tumis tu masuk dalam periuk kecik..sup untuk anak2 mama ehhehe.. yg selebihnya tu baru campur ngan cili..
  4. masukkan rebusan ekor/tulang tadi ikut banyak mana nak dihidang
  5. didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji
  6. sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2
  7. siap..
cuba la...anda pasti puas hati...tak caye??? cuba tanyer hubby anda hehehe


Monday, September 5, 2011

Menu SamPinGan

Assalamualaikum..

nak share satu resepi daging mudah..campur terus ngan sayur.. feberet anak2..terutamanya si kakak..cukup suka ngan masak black paper nih.
mama buh nama daging mesra nih sebab selalunya wat daging black paper je..tetiba teringin plak nak mesra-mesrakan dengan sayur kacang peas n asparagus yg memang dah ada dlm peti ais tuh..best la plak..rangup2 je bila makan..

Ok takmo citer panjang...tgk resepinya..



Daging Mesra Black Paper

Bahan-bahan

* Semangkuk daging
* kacang peas
* asparagus
* 1 sb lada hitam - tumbuk kasar
* 2 biji bawang putih- tumbuk atau mayang
* sedikit halia - mayang
* sedikit kicap
* garam
* gula - optional

Cara-cara

* tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan
* masukkan daging yang digaul sedikit garam n serbuk kunyit.
* masak hingga daging lembut
* masukkan lada hitam dan percikkan sedikit kicap
* masukkan sayur. masak mengikut tahap lembut yang diingini.. mama suka yang sedikit rangup..
* tambah garam gula jika perlu..
* bleh tambah 1/2 kiub ikan bilis jika suka..
siappp...

Saturday, August 13, 2011

Sahur..

Hujan...emm sejuk je...best!!
Pagi ni amat tenang sekali...keje2 kat skool pun berjalan lancar.. student pun tak banyak kerenah, maybe sebab ujan kot hehehe..
nak citernye, pagi tadi mama terlajak tido..bangun sahur agak lewat, 5.10am.. eh bukan agak dah tu, dah sah2 memang lewat huhuhu.. kelam kabut kat dapur...sib baik si kecik tak jaga sama..
Hmm nasi dah ada..bukak pose masak byk semalam, so panaskan je, panaskan jugak sup. amik daging En.Hubby dah kuarkan dari esbok sebelum dia tido semalam..thanks En.Hubby.. potong2 nak masak...uiiii segera..
haa ni resepinya..mama main buh je ikut apa yg ada dan yg penting simple sedap...bagi tekak mama la heheh.. En.HUbby pun tak komen, kire sedap la tuh..ekekek....
mama namakan resepi nih Daging Tumis Bercili.. best tak nama tu..hmm hentam je la..
resepinya..



Daging Tumis Bercili

Segenggam daging (utk 2 org makan masa sahur..hehe)
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* sedikit halia
* 1 biji cili merah
* 4-5 biji padi - optional.kalu nak lagi pedas laa.
daun kari - optional.untuk aroma..hmmm
garam
gula
perasa- optional
air - kalu daging lembut,tak perlu banyak..
minyak untuk menumis

cara-caranya..
  • Tumbuk bahan bertanda *.
  • panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk tadi. kacau sebentar agak2 cili tu masak sket..
  • masukkan daging yang dah dibersihkan.. kacau2 sampai daging masak. sekiranya daging tu kita dah tau agak liat, rebus dulu dengan garam kunyit hingga agak lembut, so bila masukkan dalam cili tadi dah tak perlu tunggu lama..
  • buh lebih air jika perlu
  • masukkan garam, gula, perasa..
  • bila dah agak kering, taburkan daun kari kiranya suka,kacau jab dan bleh la dihidangkan..
  • senang je kan.... :)