Showing posts with label Menu SiHat... Show all posts
Showing posts with label Menu SiHat... Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Tauhu Sos Kicap

Assalamualaikum...

alahai rindunya nak berblog...tapi dek kerana kesibukan sesangat, tak sempat nak curi masa jenguk blog nih.. kalu nak diikutkan resepi tu banyak gak la yg dah disimpan, cuma tak berkesempatan nak masukkan je.. ari ni pun mama cuba gak amik peluang yang pendek ni untuk masukkan gak en3 yang very2 la simplenya.. bukan per...takyah nak taip banyak2 hehehhe..
hmmm...walaupun resepi ni simple je, tapi mama suka sgt buat... lebih2 lagi kalu mak datang umah, sebab nih mmg feberet mak..ish rindu plak kat mak..

oklah..terus kepada resepinya..


Bahan-bahan :
  • tauhu - dibelah empat, goreng jangan garing sgt..biar lembut je..
  • garam
  • kunyit
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • seulas bawang putih - ambil yang kecil je..
  • kicap
  • sedikit air asam jawa atau limau nipis

Cara-cara :
  1. sebatikan tauhu, garam dan kunyit, goreng sekejap
  2. tumbuk cili padi bersama gula, garam dan bawang putih.
  3. sebatikan dengan kicap dan air asam/limau nipis.
  4. siap...





Sunday, October 30, 2011

Menu Dalam Pantang...ahakss..

Camat Petang...

sure ada yang senyum2 tegok en3 mama ari nih...hahahha...bukan takde en3 lain, tp nak gak kongsi yang nih...

Bg yang dah ada anak maybe biasa la ngan menu nih..mama ni tak tunggu dalam pantang..anak dah besar ni pun masih lagi suke menu ni hehhe..buka selera gitu...

selalunya mama wat menu ni bila bekalan bawang putih yg bersaiz kecik2 tu dah agak banyak...dalam 1 labu bawang putih tu, yang bahagian tgh tu selalunya kecik je..malas dah nak kupas..so, bahagian tu mama simpan..tujuan tu untuk menu ni la ahaksss...

yang best tu, menu ni kalu mama wat, sure akan berebut ngan puteri mama yang sorang tu.. yg lain tak makan..huhuhu...

banyak khasiat bawang putih nih..antaranya merendahkan paras kolesterol dan macam2 lagi... bleh klik SINI utk dapat maklumat lanjut..

ok kita share resepinya..hehe



Bawang Putig Goreng..

  • ambil sebanyak mana pun bawang putih yang anda mau...
  • tak perlu buang kulit...just basuh sekali ngan kulit..
  • panaskan minyak dan goreng bawang tadi hingga nampak kulitnya macam terkopak.. pecah la tu..
  • makan dengan nasik panas..bleh gabung ngan lauk lain... besttttt....bagi mama la hehhe