Showing posts with label KeK... Show all posts
Showing posts with label KeK... Show all posts

Friday, October 28, 2011

Simple Butter Cake..

Assalamualaikum...

selamat malam sume..dah tidur ker? hhehehe...
hmm..malam nih mama cuma nak kongsi resepi kek request dr en.hubby.. tetiba lak kali ni dia nak yang ala2 lagenda gitu ..ahaks... butter cake..

so, macam biasa..mama pun godek2 resepi kat cik google..jumpa la 1 resepi yg bg mama agak simple...adunan pun tak banyak..sesuai la kalu dalam proses nak try..
resepi asal bleh tgk kat sini..mama CnP jugak resepi ciptaan saraji dr MyR ni kat bawah utk mudah buat rujukan..

yang best tentang kek nih...lepas siap dibakar..mama pun snap2 gambarnya utk simpanan.. en.hubby dah siap pegang pisau nak potong ekekke.. lepas siap posing kek tu, dalam masa 10 minit dah boliau huhuhu... kire disukai ramai la kan ahakss..

ok...tgk resepinya..


Butter Cake

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh sodium bicarp
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula biasa kastor pun boleh
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu segar- mama pakai susu tepung je + air
  • Telur 2biji

Cara-cara

  1. Ayak gandum,serbuk penaik,sodium bicarp sebanyak 3x
  2. Panaskan oven 170C,sediakan tin pembakar,pukul gula dan butter hingga kembang masukan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang
  3. Masukkan esen vanilla,masukan gandum selang seli dengan susu segar.masukan dalam tin pembakar masak selama 40 minit. Hidangkan untuk makan petang

Tuesday, August 23, 2011

JoM MemBaking..

Ok ari ni mama nak kongsi resepi kek yg dah agak lama mama buat.. best kek nih, gebuss jer..
mama amik dr dapur kak fida di MyR..

yg best buat kek nih tak payah pakai mixer, masuk dalam blender n blend je.. senang kan..
kek ni pun terhasil masa mixer mama rosak.. teringin nak wat kek, so cari la resepi yg takyah pakai mixer..jumpa plak tu heheh.. maka bermula la operasi..alhamdulillah menjadi...





haaa ni resepinya...CnP je ye kak fida.. mintak izin..

Bahan-bahan

· 1 bji buah limau

· 1 cawan minyak

· 2 cawan gula halus

· 3 biji telur

· 2 cawan tepung gandum*

· 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.

4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


Saturday, August 13, 2011

Kek Coklat...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, ari ni dah hari ke 14 ramadhan.. syukur kerana kita berjaya mengharunginya bagi melaksanakan suruhanNya. Rebutlah sebanyak mungkin fadhilat yang tak mungkin kita dapat di bulan2 yang lain..
Hmm kita teruskan ngan resepi yang mama nak share...
Insyaallah, resepi yang mama share, dah pun mama cuba..yang menepati selera mama dan keluarga saja yang akan mama paparkan untuk simpanan mama dan mungkin bleh jadi rujukan untuk sesiapa yang berminat..
Kali ni mama nak share resepi Kek Coklat Cawan Kukus.. dah beberapa kali mama cuba dan hasilnya mmg puas ati :)
terima kasih pada tuan punya resepi...kalau tak salah mama Puan Hajah Noraini Zakaria.. mama copypaste je ye..




Kek Coklat Cawan Kukus

Bahan-bahan :
(A)

150 gm minyak masak/jagung

180 gm susu cair

200 gm gula kastor

220 gm susu krimer manis

1 sudu teh emulco coklat


(B)

50 gm serbuk koko

90 gm tepung gandum

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh serbuk penaik

(C)

3 biji telur, dipukul dengan garfu hingga sebati


Cara Membuatnya :

1. Satukan bahan-bahan A dalam sebuah periuk. Kacau atas api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai mendidih.Angkat dari api dan biarkan suam.

2. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau rata.

3. Ayakkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4. Rehatkan adunan 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit hingga masak
.