Monday, October 8, 2012

Assalamualaikum sumeee...

Adusss lama sungguh mama tinggalkan blog nih..bukan setakat bersawang, berkarat sume ada huhuhu.. 
nak buat camana kan..tuntutan kerja lebih penting..mama perlu bg perhatian kepada anak2 didik mama yang nak ambik SPM thn nih.. 

Bila dah ada kesempatan nih, mama ambil peluang utk kemaskini blog mama.. banyak yang mama nak share, insyaallah ada kesempatan mama cuba post..

untuk hari ni mama nak share resepi yang rasanya sume org biasa masak.. KARI!!...
tapi kali ni mama nak share resepi kari yang agak berbeza dari resepi kari yang selalu mama buat..
selalunya mama beli serbuk kari n ikut cara mak atau ikut je step kat bungkusan tu kan..
Kari yang mama nak share nih mama dapat dari kawan mama.. katanya resepi nih dr seorg pakcik nelayan. sebab tu mama buh nama resepinya KARI NELAYAN.. gitulah citer yg panjang lebarnya hehhe..

ok tgk gambar dulu =)



kat bawah ni resepinya...

Bahan2..
  • Ikan @ kepala ikan - mama suka kepala ikan hehhe..
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 10-15 biji lada kering
  • 2 sudu rempah kari baba's
  • 1 1/2 sudu ketumbar/rempah biji
  • 1 sudu jintan manis
  • santan
  • garam
  • asam jawa
  • daun kari
  • sayur tambahan yg disukai macam bendi, tomato dll..
Cara-cara..
  • rendam ketumbar, jintan manis dan cili kering dalam air panas..
  • blend bahan2 tersebut bersama rempah kari, bawang besar, bawang merah dan bawang putih. air kena byk..lebih dr separuh blender
  • panaskan minyak lebih kurang 1 mangkuk kecil..tumis sedikit bawang merah, bwg putih, halba campur dan daun kari
  • dah naik bau...masukkan bahan blend. biarkan merenih hingga hampir kering dan naik minyak...ini untuk memastikan cili kering masak dengan elok..
  • masukkan air asam jawa..tahap kemasan ikut masing2...kacau sebentar dan masukkan ikan..
  • masukkan juga santan dan garam..perasakan ikut citarasa masing2..
  • bleh masukkan tomato atau bendi atau sayur yang anda suka
  • bila dah ok, kecilkan api hingga naik minyak..
  • siapp...






Saturday, February 11, 2012

Tauhu Sos Kicap

Assalamualaikum...

alahai rindunya nak berblog...tapi dek kerana kesibukan sesangat, tak sempat nak curi masa jenguk blog nih.. kalu nak diikutkan resepi tu banyak gak la yg dah disimpan, cuma tak berkesempatan nak masukkan je.. ari ni pun mama cuba gak amik peluang yang pendek ni untuk masukkan gak en3 yang very2 la simplenya.. bukan per...takyah nak taip banyak2 hehehhe..
hmmm...walaupun resepi ni simple je, tapi mama suka sgt buat... lebih2 lagi kalu mak datang umah, sebab nih mmg feberet mak..ish rindu plak kat mak..

oklah..terus kepada resepinya..


Bahan-bahan :
  • tauhu - dibelah empat, goreng jangan garing sgt..biar lembut je..
  • garam
  • kunyit
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • seulas bawang putih - ambil yang kecil je..
  • kicap
  • sedikit air asam jawa atau limau nipis

Cara-cara :
  1. sebatikan tauhu, garam dan kunyit, goreng sekejap
  2. tumbuk cili padi bersama gula, garam dan bawang putih.
  3. sebatikan dengan kicap dan air asam/limau nipis.
  4. siap...





Wednesday, December 14, 2011

Tulang Asam Tumis Mama Style..

Nyum Nyum...bab makan memang sedap hehehe...

Ok n3 untuk kali ni Tulang Masak Asam Pedas Tumis.. masakan yang simple..
yang penting sedap..

Selalunya kalu tulang nih mama wat sup ala thai atau wat gulai..kali nih tukar selera wat Asam tumis plak.. best gak.. Asam tumis ni selalu guna ikan pari..apa salahnya sesekali tukar tulang plak kan..

Oklah, mama tengah wat keje nih..so, takleh nak membebel banyak2.. terus tgk resepi la kan..



ASAM PEDAS TUMIS TULANG..

Bahan-bahan:-
  • 1/2 kilo tulang- rebus hingga daging dah tak liat
  • 2 senduk cili kisar - kuantiti ikut masing2..tp asam pedas tumis ni agak pekat banding asam pedas biasa
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • semangkuk air asam jawa
  • garam
  • aji - optional
  • gula
  • belacan - mama tak guna tp mama ganti ngan sebuku kiub ikan bilis
  • secekak daun kesom
  • bunga kantan - optional
  • kacang bendi - kalu nak buh la..
Cara masak :-
  1. panaskan minyak n tumis bawang2 yg dah ditumbuk. 
  2. dah wangi masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. boleh masukkan tulang - mama sejukkan dulu dan buang lemak yg beku.. air rebusan ambil sebagai kuah (sikit je)
  4. masukkan air asam jawa, garam, gula, aji dan kiub ikan bilis..
  5. masukkan juga daun kesom dan bunga kantan
  6. rasa mengikut citarasa masing2..
  7. masukkan kacang bendi kalu suka...siap =)

Sunday, December 4, 2011

Puding Roti Kuah Kastard..

Hmmm sejuknya petang ni... ujann...sedap tido.. tapi takleh tido la plak. emmm datang idea nak melawat MyR.. belek punya belek..jumpa resepi yang penah mama save tapi lom berkesempatan buat..
bersama sejuknya petang ni..mama merajinkan diri mengeluarkan oven yang dah mula berabuk ekekke... dah lama betul oven ni berkhidmat..mcm nak kena ganti baru je huhuhu..

selepas puas bergelek di dapur..akhirnya siap gak puding mama...uiii tak sabo dah nak nyum2.. sepatutnya kena sejukkan dulu..ish..takleh thn dah..time tu gak mama potong.. bersama kuah yang meleleh tu ammmm!!! tak pandang kiri kanan dah... uiii mak aiii..cedapp..

haa sblm kita share resepinya..mama nak tayang dulu gambarnya....comot la sket..blom sempat sejuk hehe





Sumber : Maya Zakry MyR

Bahan-bahan

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)-takde
  • 1 s/b buah pala *(optional)-takde
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
haaa senang je kan bahan dan cara buatnya.. terima kasih pada maya zakry yang share resepi ni di MyR...

Friday, December 2, 2011

Apam Tepung Gandum..


Selamat malam sumee...

sblm tido..mama nak gak masukkan N3 ni dulu..sementara masih fresh hehhe..

Apam Tepung Gandum ni mama dapat resepinya kat MyR.. resepi kepunyaan quinnie.. bleh klik link tu untuk terus ke my resepi dan baca sendiri macam2 petua yang quinnie bagi...amat berguna sekali..

mama sblm ni mmg takut nak wat apam sbb tiap kali wat mesti fail..macam datin lulu gak.. alhamdulillah dgn tips berguna yg quinnie share tu, apam mama menjadi..


oklah kita share resepinya.. mama CnP quinnie punya yee..



Bahan-bahan

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 3/4 cawan gula ( saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
  • 1 paket yis mauripan
  • 1 1/2 cawan air suam
  • pewarna ikut suka (saya guna sirap)

Cara-cara

  1. mula2 ayakkan tepung gandum besama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun tak pe)
  2. satukan bahan ayak bersama dengan gula kedalam mangkok. gaul2 rata.
  3. selepas itu buat lubang kat tengah2 bahan tadi dan masukkan yis mauripan.
  4. masukkan air suam ditengah2 bahan tadi dan kacau2 yis bersama dengan air. kalau yis tu elok...dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau2 rata bersama dengan bahan2 lain sehingga sebati. ( jgn ada ketul tepung)
  5. akhir sekali letak kan pewarna dan kacau2 rata. tutup mangkok dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama2 sebab kita pakai yis sepeket...nanti dia rasa masam.
  6. panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.
  7. boleh guna acu bulat2 atau loyang biasa. kalau guna loyang biasa, gris kan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong.
  8. bila kukusan dah panas, boleh lah dikukus. kukus dalam 20 minit...atau lebih....
  9. boleh dihidang bersama kelapa putih yg di kukus dengan garam.

Monday, November 28, 2011

Sup Tulang lagi..


Bersua lagi...
alhamdulillah syukur dikurniakan kesihatan yg baik..dapatlah mama sambung blog nih..

resepi yang mama nak share ari ni adalah Sup Tulang yang dimasak ala2 Thai...mama amik resepi ni dari yatichedet20 kat MyR. yati buat sup ekor..mama derhaka sket tukar dengan tulang heheh..jgn marah ek...tp mmg sedap.. en.Hubby kata takyah beli dah camni..mama senyum je heheh...pandai dia amik hati...ahakss..

ok mama CnP je resepi yati kat bawah nih..dan mama sertakan sekali cara yang mama dah edit untuk disesuaikan dengan bahan yg mama ada..



Bahan-bahan

  • 1 kg ekor - mama guna tulang tak sampai 1/2 kilo
  • 5 btg serai di ketuk - 1 btg je..dipotong serong
  • 2 labu bawang besar belah empat - 1 labu dibelah 8
  • 6 ulas bawang putih diketuk- 3 ulas je..
  • 10 biji cili api hijau dan merah diketuk- mama guna 8 biji..suke pedas hehe
  • 3 inci halia diketuk - 1 1/2 inci
  • seikat kecil daun ketumbar- takde..
  • 3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam)- 2 biji
  • 1 biji tomato saiz besar - sama
  • 5 helai daun limau purut- 1 helai je
  • nampla (sos ikan) jika suka- guna..
Cara Masak
  1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut- mama rebus hampir 1 jam..alhamdulillah daging tu lembut, bawang guna 1/2 dr sebijik..
  2. tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
  3. masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. - sblm masuk cili..mama amik sket bahan tumis tu masuk dalam periuk kecik..sup untuk anak2 mama ehhehe.. yg selebihnya tu baru campur ngan cili..
  4. masukkan rebusan ekor/tulang tadi ikut banyak mana nak dihidang
  5. didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji
  6. sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2
  7. siap..
cuba la...anda pasti puas hati...tak caye??? cuba tanyer hubby anda hehehe


Sunday, November 27, 2011

Laksa Tanpa Belacan..

Salam sumee..

owang lain kat umah ni dok layan bola...time ni la mama bleh relaks sket sambil layan blog nih...dah agak lama tak masuk N3 baru..

N3 yang mama nak share nih ekceli mama masak kemarin... ada tetamu nak mai umah.. so, sediakan yang mudah je la...

Laksa kalu nak sedap orang kata mesti ada belacan kan kan kan!!..tapi bagi mama teori tu tak berapa tepat...cewah..ahakss.. sbbnya mama dari kecik lagi mmg makan laksa tanpa belacan.. mak mama agak sensitip ngan belacan..sejak tu la mmg kalu mama masak, takkan ada belacan dalam laksa mama..

masa baru2 kawen dulu, penah gak mama masak laksa masa raya.. ipar duai datang beraya, ada sorang abang ipar mama tu agak pandai bab2 masak nih.. risau gak kan..dah la baru kawen akakaka.. mama senyap je dulu..bila tgk dia start tambah, baru la mama bukak citer pasal laksa tu..mmg dia terkejut.. hehehe...so, bagi mama keseimbangan rasa masam manis pedas kuah tu yang paling penting.

hmmm dah banyak melalut nih...kite tgk resepi la ek..


LAKSA TANPA BELACAN

Bahan2...
  • 2 kilo ikan fresh(penting) - rebus, asingkan isi dan tulang, simpan air rebusan
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 senduk cili kering blend (dalam 20 biji cili kering) - bleh tambah cili padi blend kalu nak pedas..
  • 4-5 keping asam gelugur/keping - tambah lagi kalu suka masam
  • daun kesom
  • bunga kantan - optional
  • garam dan perasa
  • daun2 pelengkap laksa ..- bawang besar dihiris nipis, cili padi potong, daun selom, daun putat...or ape2 jenis daun yang disukai
Cara masak..
  1. blend isi ikan bersama sedikit air rebusan..tapis untuk membuang tulang2 halus.. guna besen tapisan sayur tu..jgn pakai penapis santan..
  2. blend pulak tulang2 ikan tadi bersama air rebusan jugak atau air biasa pun bleh.. dan tapis jugak guna tapisan sayur tu..insyaallah tulang2 halus akan melekat pada tapisan..
  3. air yg guna tu bergantung tahap kepekatan yg disukai..jgn terlalu cair..
  4. blend semua jenis bawang
  5. campur semuanya bersama cili blend..jerang
  6. sambil2 tu bleh masukkan daun kesom, asam keping, garam dan perasa..
  7. bila dah menggelegak tu pandai2 la timbang rasanya..kalu mama buat, mama tak suka masam sgt.so, kalu ada tetamu, mama akan sediakan limau nipis dalam hidangan..
  8. siap....