Tuesday, August 23, 2011

JoM MemBaking..

Ok ari ni mama nak kongsi resepi kek yg dah agak lama mama buat.. best kek nih, gebuss jer..
mama amik dr dapur kak fida di MyR..

yg best buat kek nih tak payah pakai mixer, masuk dalam blender n blend je.. senang kan..
kek ni pun terhasil masa mixer mama rosak.. teringin nak wat kek, so cari la resepi yg takyah pakai mixer..jumpa plak tu heheh.. maka bermula la operasi..alhamdulillah menjadi...





haaa ni resepinya...CnP je ye kak fida.. mintak izin..

Bahan-bahan

· 1 bji buah limau

· 1 cawan minyak

· 2 cawan gula halus

· 3 biji telur

· 2 cawan tepung gandum*

· 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.

4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


Sunday, August 21, 2011

Edisi bakar plak...

Nak masak pe ek....
emm godek2 peti ais, ari ni En.Hubby beli ikan kembong lemak..fresh lagi. sedap kalu bakar nih..
so, mama pun mulakan operasi membakar..ahaks!! bunyi macam leceh je kan... haaa ni bakar versi mama..mudah jer..
hmm lagi sedap bila dicecah dengan air asam..pehhh bayangkan je la sendiri ek...

haa... ni nak interprem gambaq dulu..kasi cuci mata di bulan puasa hehe...



Ikan Bakar

Bahan-bahan:-

- Ikan kembong atau apa2 jenis ikan yg disukai..
- garam
- serbuk kunyit

Caranya..

* perap ikan bersama garam dan kunyit sebentar
* sediakan kuali nonstick, panaskan.. percikkan sedikit minyak kalu suka ikan tu nampak berminyak..
* bakar ikan..kejap je dah masak..

sekarang sediakan air asam plak key..

Air Asam
- sebijik bawang besar - dihiris nipis
- sehiris limau nipis
- cili padi - dihiris
- sedikit belacan
- secubit garam
- secubit gula

caranya

* campurkan semua bahan yang dah disediakan.
* hancurkan belacan dan perah limau nipis
* siap...

Saturday, August 20, 2011

Nyaman....

Assalamualaikum...

Pepagi ni mama nak share penyejuk tekak yang mama buat untuk berbuka kemarin.. Sejuk2 manja gitu...hehehe mmg nyaman je..

Emmm Laici Kang.. sebelum nih tak penah plak teringin nak buat. Tetiba time pose ni plak terbayang2 dimata huhuhu...biasa la kan...pose la katakan..

Actually rasa teringin tu datang masa mama p melawat dapur mum niema kat tawau nun.. hehehe time kasih ye niema.. bahannya mama tak la beli kat kedai singseh macam niema.. mama beli sket2 kat macam2 kedai ahaks!!..

So, inilah Laicikang versi mama yang terhasil... Nyum Nyum!!!





LaiciKang Versi Mama

Bahan-bahan

- Laici - semestinya bahan utama heheh
- Kembang semangkuk*
- Getah anggur*
- Biji selasih*
- Kacang tanah goreng - mama beli yang dah siap je..cepattt hehe
- Buah Nau - ada yang panggil buah kabung- halwa kabung
- Cincau - cincang2 memanjang
- kismis
- air gula
- air
-tu je bahan yang mama ada...bleh tambah lagi bhn lain yang bersesuaian

Tekniknya

  • yang bertanda * tu jangan rendam banyak sangat sebab akan kembang dengan jayanya.. kembang semangkuk tu 2 3 biji dah cukup kalu nak makan 4-5 orang, dah kembang tu pastikan kulitnya dibuang. getah anggur plak kena rendam awal sket sbb amik masa untuk mengembang sepenuhnya. semua tu rendam ngan air sejuk je key..
  • Dah siap tu masukkan je semua sekali dalam jug, tambah air ikut keperluan, sempurnakan dengan air gula...tadaaa dah siap..tunggu waktu berbuka untuk menikmatinya hahaha..


Tuesday, August 16, 2011

Resepi Mak Bonda..

Assalamualaikum...

Entri ari nih bertajuk Ayam Masak Kicap Mak Bonda hehehe... resepi paling senang kan...sume org bleh masak...
mama nak share gak sbb ni masakan simple paling mama suka..termasuk anak2 mama..
resepi asalnya dari mak mama..apa saja yang mak masak mmg sedap..air tangan mak kan..

kalu nak cepat time sahur tu, ni la yang selalu mama masak huhuhu...

oklah kita share resepi ek..




Bahan2:

5-6 ketul ayam
3 ulas bawang merah - tumbuk - kalu lambat tu mayang je hehehe
2 ulas bawang putih - tumbuk @ mayang
sedikit halia - dimayang
1 biji bawang besar
1/2 kiub ikan bilis
1 sudu sos cili
2-3 sudu kicap
garam
perasa
cili merah untuk hiasan

Cara2..
  • ayam digaul dengan garam kunyit dan goreng sekejap...jangan sampai garing
  • guna 2-3 sudu minyak goreng ayam tadi untuk tumis bawang putih dan halia..
  • tuang kicap...ikut anggaran masing2 la ye..kacau jap, masukkan sos cili, kacau lagi..
  • masukkan ayam n sedikit air..jangan banyak tauu...
  • masukkan 1/2 kiub ikan bilis, garam n perasa..garam tu tak letak pun takpe sbb kiub ikan bilis n kicap dah masin...jaga kesihatan hehhee...
  • last sekali masukkan bawang potong bulat tu ngan cili merah untuk memeriahkan suasana... bleh la dihidangkan...tadaaa....

Monday, August 15, 2011

Nyum..Nyum..


hmmm ni la resepi wajib sekiranya En.Hubby mama beli udang yang sedang2 besar tu.. pedas2 lemak gitu hehe... mama dapat resepi nih dari majalah. tp tak ingat plak majalah pe.. antara SAJI atau RASA..

kuantiti bahan ejas2 la ek ikut banyak mana kita nak masak..

ok kita terus dengan resepinya....




Bahan-bahan ( sekeluarga sederhana.. )

· 1 1/2 kilo udang yg agak besar

· 1.5 liter santan pekat

· 50ml minyak masak

· 2 helai daun limau purut

· 2 btg serai

· 100ml air asam jawa

· 80gm bwg merah - kisar

· 10gm bwg putih - kisar

· 40gm lengkuas - kisar

· 40gm halia - kisar

· 10gm kunyit hidup - kisar

· 5gm jintan manis - kisar

· 200gm cili merah - kisar

· garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. panaskan minyak n tumis bahan kisar hingga naik bau..

2. masukkan udang n kacau sebati.. blah gak ganti udang ngan sotong, ayam dll..

3. masukkan santan pekat, air asam, daun limau purut n serai titik

4. masukkan perasa.. bleh tunggu sampai kuah agak pekat...siap..

Saturday, August 13, 2011

Sahur..

Hujan...emm sejuk je...best!!
Pagi ni amat tenang sekali...keje2 kat skool pun berjalan lancar.. student pun tak banyak kerenah, maybe sebab ujan kot hehehe..
nak citernye, pagi tadi mama terlajak tido..bangun sahur agak lewat, 5.10am.. eh bukan agak dah tu, dah sah2 memang lewat huhuhu.. kelam kabut kat dapur...sib baik si kecik tak jaga sama..
Hmm nasi dah ada..bukak pose masak byk semalam, so panaskan je, panaskan jugak sup. amik daging En.Hubby dah kuarkan dari esbok sebelum dia tido semalam..thanks En.Hubby.. potong2 nak masak...uiiii segera..
haa ni resepinya..mama main buh je ikut apa yg ada dan yg penting simple sedap...bagi tekak mama la heheh.. En.HUbby pun tak komen, kire sedap la tuh..ekekek....
mama namakan resepi nih Daging Tumis Bercili.. best tak nama tu..hmm hentam je la..
resepinya..



Daging Tumis Bercili

Segenggam daging (utk 2 org makan masa sahur..hehe)
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* sedikit halia
* 1 biji cili merah
* 4-5 biji padi - optional.kalu nak lagi pedas laa.
daun kari - optional.untuk aroma..hmmm
garam
gula
perasa- optional
air - kalu daging lembut,tak perlu banyak..
minyak untuk menumis

cara-caranya..
  • Tumbuk bahan bertanda *.
  • panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk tadi. kacau sebentar agak2 cili tu masak sket..
  • masukkan daging yang dah dibersihkan.. kacau2 sampai daging masak. sekiranya daging tu kita dah tau agak liat, rebus dulu dengan garam kunyit hingga agak lembut, so bila masukkan dalam cili tadi dah tak perlu tunggu lama..
  • buh lebih air jika perlu
  • masukkan garam, gula, perasa..
  • bila dah agak kering, taburkan daun kari kiranya suka,kacau jab dan bleh la dihidangkan..
  • senang je kan.... :)

Kek Coklat...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, ari ni dah hari ke 14 ramadhan.. syukur kerana kita berjaya mengharunginya bagi melaksanakan suruhanNya. Rebutlah sebanyak mungkin fadhilat yang tak mungkin kita dapat di bulan2 yang lain..
Hmm kita teruskan ngan resepi yang mama nak share...
Insyaallah, resepi yang mama share, dah pun mama cuba..yang menepati selera mama dan keluarga saja yang akan mama paparkan untuk simpanan mama dan mungkin bleh jadi rujukan untuk sesiapa yang berminat..
Kali ni mama nak share resepi Kek Coklat Cawan Kukus.. dah beberapa kali mama cuba dan hasilnya mmg puas ati :)
terima kasih pada tuan punya resepi...kalau tak salah mama Puan Hajah Noraini Zakaria.. mama copypaste je ye..




Kek Coklat Cawan Kukus

Bahan-bahan :
(A)

150 gm minyak masak/jagung

180 gm susu cair

200 gm gula kastor

220 gm susu krimer manis

1 sudu teh emulco coklat


(B)

50 gm serbuk koko

90 gm tepung gandum

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh serbuk penaik

(C)

3 biji telur, dipukul dengan garfu hingga sebati


Cara Membuatnya :

1. Satukan bahan-bahan A dalam sebuah periuk. Kacau atas api perlahan hingga gula hancur. Jangan sampai mendidih.Angkat dari api dan biarkan suam.

2. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau rata.

3. Ayakkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4. Rehatkan adunan 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit hingga masak
.

Wednesday, August 10, 2011

berbuka di luar...

ari nih takde menu yg nak di post...tak cukup masa..balik dr skool nih nak kemas apa yang patut n nak p umah abang mama kat Seberang Jaya..Berbuka disana hehehe...
Dapur mama tak berasap la nampaknya ahaks...tp....tak bermakna mama tak masak.. ni nak p awai nih sebab nak masak la nih..hehe.. kononnya nak buat sagu gula melaka kat sana..Insyaallah harap2 dapatlah dilaksanakan..
Actually tujuan mama ke sana adalah untuk melawat mak mama yang ada kat sana. Mak mama tak berapa sihat.. semoga dengan kunjungan ini, mak akan lebih bersemangat.. Insyaallah..
so, untuk menu seterusnya kita jumpa lain entry key..byeee..

Tuesday, August 9, 2011

Puding Roti Marble

puding roti marble yg pertama kali mama buat ..hehe


Yg ni plak dijadikan hantaran anak buah : Chup..


Yg ni pun mama buat untuk hantaran pertunangan anak buah : Chah..


Assalamualaikum n Selamat pagi...
uiss ceria la plak ari ni..hehe.. bukan pe, ati rasa macam best la plak raya kali nih sebab bakal dapat bonus..setengah bulan pun tak kisahlah..janji dapat ekekeke..
emm dalam keceriaan pagi nih mama nak share resepi yang yg selalu mama wat kalu ada jamuan kat skool, bukan la sbb rajin tp yg utamanya sbb senang nak buat huhuhu.. kalu ikutkan sehari tak cukup 24 jam..ada je keje nak buat...ops lalut lak..
oklah kita terus kepada menu yg mama nak share nih. PUDING ROTI MARBLE.. mama try respi ni dr Myresepi..tuan punya resepi tu hana..alhamdullillah amat la jadinya.. mama pelbagaikan rupa puding tu utk disesuaikan dengan majlis..
mama copypaste terus dari MyR..

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

SuP Tulang IstiMewa..

Hari ni menu simple je....tak banyak masa...
alif takmo duduk dlm walker..mintak dukung je, dah kol 6 pun tak dapat mula masak lagi..
En.Hubby balik baru la dapat jenguk dapur..huhu

Emm..menu ari nih..sup tulang. request dari En. Hubby tuuuu... kena la sedaya upaya sediakan hehe..sib baik En.Hubby dah siap2 rebus sebelum dia p keje tadi..so, tak la lama sgt kena rebus.
keylah, takmo citer panjang..mama nak share resepi sup tulang yg bagi mama amat menepati citerasa mama sekeluarga.. mama ambil dari dapur cikmin.com .. time kasih n mama mintak copypaste kat sini ye cikmin..



Bahan-bahannya:

2kilo tulang dan 1kilo daging

2biji bwg besar,10biji bwg putih,5inci halia(sume bahan2 ni dikisar)

2inci halia,2biji putih,8biji bwm merah (sume bahan2 dimayang halus)

2peket kecil rempah sup

4inci lengkuas diketuk sekali

2peket sup bunjut tulang

4btg daun sup(cuci bahagian akar hingga bersih)

air

minyak untuk menumis

*boleh tambah kentang dan karet

Cara-caranya:

1.Tumis bahan2 yg dimayang halus sehingga naik baunyer,kemudian masuk bahan sup,sup bunjut,bahan kisar kacau rata hingga kekuningan.

2.Bancuh rempah sup dgn air dan tumis hingga keluar minyak.

3.Masukkan tulang dan daging hingga keluar airnyer dan hilang warna darahnyer.

4.Keluarkan sup bunjut.buka ikatan sup bunjut dan blender bahan2 rempah,isi air penuh blender sehingga 3x.

5.Masukkan lengkuas dan batang sup.

6.Tambah air secukupnyer,masak sehingga 2jam atau sehingga dading benar2 empuk.

7.Setelah daging empuk baru dimasuk garam dan perasa.

8.Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Kalau nak makan dengan sambal kicap pun boleh la buat ikut resepi kat bawah ni, mudah jek.

Blender 30biji cili padi dan 3 ulas bwg putih,campurkan dengan kicap manis