Wednesday, December 14, 2011

Tulang Asam Tumis Mama Style..

Nyum Nyum...bab makan memang sedap hehehe...

Ok n3 untuk kali ni Tulang Masak Asam Pedas Tumis.. masakan yang simple..
yang penting sedap..

Selalunya kalu tulang nih mama wat sup ala thai atau wat gulai..kali nih tukar selera wat Asam tumis plak.. best gak.. Asam tumis ni selalu guna ikan pari..apa salahnya sesekali tukar tulang plak kan..

Oklah, mama tengah wat keje nih..so, takleh nak membebel banyak2.. terus tgk resepi la kan..



ASAM PEDAS TUMIS TULANG..

Bahan-bahan:-
  • 1/2 kilo tulang- rebus hingga daging dah tak liat
  • 2 senduk cili kisar - kuantiti ikut masing2..tp asam pedas tumis ni agak pekat banding asam pedas biasa
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • semangkuk air asam jawa
  • garam
  • aji - optional
  • gula
  • belacan - mama tak guna tp mama ganti ngan sebuku kiub ikan bilis
  • secekak daun kesom
  • bunga kantan - optional
  • kacang bendi - kalu nak buh la..
Cara masak :-
  1. panaskan minyak n tumis bawang2 yg dah ditumbuk. 
  2. dah wangi masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. boleh masukkan tulang - mama sejukkan dulu dan buang lemak yg beku.. air rebusan ambil sebagai kuah (sikit je)
  4. masukkan air asam jawa, garam, gula, aji dan kiub ikan bilis..
  5. masukkan juga daun kesom dan bunga kantan
  6. rasa mengikut citarasa masing2..
  7. masukkan kacang bendi kalu suka...siap =)

Sunday, December 4, 2011

Puding Roti Kuah Kastard..

Hmmm sejuknya petang ni... ujann...sedap tido.. tapi takleh tido la plak. emmm datang idea nak melawat MyR.. belek punya belek..jumpa resepi yang penah mama save tapi lom berkesempatan buat..
bersama sejuknya petang ni..mama merajinkan diri mengeluarkan oven yang dah mula berabuk ekekke... dah lama betul oven ni berkhidmat..mcm nak kena ganti baru je huhuhu..

selepas puas bergelek di dapur..akhirnya siap gak puding mama...uiii tak sabo dah nak nyum2.. sepatutnya kena sejukkan dulu..ish..takleh thn dah..time tu gak mama potong.. bersama kuah yang meleleh tu ammmm!!! tak pandang kiri kanan dah... uiii mak aiii..cedapp..

haa sblm kita share resepinya..mama nak tayang dulu gambarnya....comot la sket..blom sempat sejuk hehe





Sumber : Maya Zakry MyR

Bahan-bahan

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)-takde
  • 1 s/b buah pala *(optional)-takde
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
haaa senang je kan bahan dan cara buatnya.. terima kasih pada maya zakry yang share resepi ni di MyR...

Friday, December 2, 2011

Apam Tepung Gandum..


Selamat malam sumee...

sblm tido..mama nak gak masukkan N3 ni dulu..sementara masih fresh hehhe..

Apam Tepung Gandum ni mama dapat resepinya kat MyR.. resepi kepunyaan quinnie.. bleh klik link tu untuk terus ke my resepi dan baca sendiri macam2 petua yang quinnie bagi...amat berguna sekali..

mama sblm ni mmg takut nak wat apam sbb tiap kali wat mesti fail..macam datin lulu gak.. alhamdulillah dgn tips berguna yg quinnie share tu, apam mama menjadi..


oklah kita share resepinya.. mama CnP quinnie punya yee..



Bahan-bahan

  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 3/4 cawan gula ( saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
  • 1 paket yis mauripan
  • 1 1/2 cawan air suam
  • pewarna ikut suka (saya guna sirap)

Cara-cara

  1. mula2 ayakkan tepung gandum besama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun tak pe)
  2. satukan bahan ayak bersama dengan gula kedalam mangkok. gaul2 rata.
  3. selepas itu buat lubang kat tengah2 bahan tadi dan masukkan yis mauripan.
  4. masukkan air suam ditengah2 bahan tadi dan kacau2 yis bersama dengan air. kalau yis tu elok...dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau2 rata bersama dengan bahan2 lain sehingga sebati. ( jgn ada ketul tepung)
  5. akhir sekali letak kan pewarna dan kacau2 rata. tutup mangkok dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama2 sebab kita pakai yis sepeket...nanti dia rasa masam.
  6. panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.
  7. boleh guna acu bulat2 atau loyang biasa. kalau guna loyang biasa, gris kan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong.
  8. bila kukusan dah panas, boleh lah dikukus. kukus dalam 20 minit...atau lebih....
  9. boleh dihidang bersama kelapa putih yg di kukus dengan garam.

Monday, November 28, 2011

Sup Tulang lagi..


Bersua lagi...
alhamdulillah syukur dikurniakan kesihatan yg baik..dapatlah mama sambung blog nih..

resepi yang mama nak share ari ni adalah Sup Tulang yang dimasak ala2 Thai...mama amik resepi ni dari yatichedet20 kat MyR. yati buat sup ekor..mama derhaka sket tukar dengan tulang heheh..jgn marah ek...tp mmg sedap.. en.Hubby kata takyah beli dah camni..mama senyum je heheh...pandai dia amik hati...ahakss..

ok mama CnP je resepi yati kat bawah nih..dan mama sertakan sekali cara yang mama dah edit untuk disesuaikan dengan bahan yg mama ada..



Bahan-bahan

  • 1 kg ekor - mama guna tulang tak sampai 1/2 kilo
  • 5 btg serai di ketuk - 1 btg je..dipotong serong
  • 2 labu bawang besar belah empat - 1 labu dibelah 8
  • 6 ulas bawang putih diketuk- 3 ulas je..
  • 10 biji cili api hijau dan merah diketuk- mama guna 8 biji..suke pedas hehe
  • 3 inci halia diketuk - 1 1/2 inci
  • seikat kecil daun ketumbar- takde..
  • 3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam)- 2 biji
  • 1 biji tomato saiz besar - sama
  • 5 helai daun limau purut- 1 helai je
  • nampla (sos ikan) jika suka- guna..
Cara Masak
  1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut- mama rebus hampir 1 jam..alhamdulillah daging tu lembut, bawang guna 1/2 dr sebijik..
  2. tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
  3. masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. - sblm masuk cili..mama amik sket bahan tumis tu masuk dalam periuk kecik..sup untuk anak2 mama ehhehe.. yg selebihnya tu baru campur ngan cili..
  4. masukkan rebusan ekor/tulang tadi ikut banyak mana nak dihidang
  5. didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji
  6. sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2
  7. siap..
cuba la...anda pasti puas hati...tak caye??? cuba tanyer hubby anda hehehe


Sunday, November 27, 2011

Laksa Tanpa Belacan..

Salam sumee..

owang lain kat umah ni dok layan bola...time ni la mama bleh relaks sket sambil layan blog nih...dah agak lama tak masuk N3 baru..

N3 yang mama nak share nih ekceli mama masak kemarin... ada tetamu nak mai umah.. so, sediakan yang mudah je la...

Laksa kalu nak sedap orang kata mesti ada belacan kan kan kan!!..tapi bagi mama teori tu tak berapa tepat...cewah..ahakss.. sbbnya mama dari kecik lagi mmg makan laksa tanpa belacan.. mak mama agak sensitip ngan belacan..sejak tu la mmg kalu mama masak, takkan ada belacan dalam laksa mama..

masa baru2 kawen dulu, penah gak mama masak laksa masa raya.. ipar duai datang beraya, ada sorang abang ipar mama tu agak pandai bab2 masak nih.. risau gak kan..dah la baru kawen akakaka.. mama senyap je dulu..bila tgk dia start tambah, baru la mama bukak citer pasal laksa tu..mmg dia terkejut.. hehehe...so, bagi mama keseimbangan rasa masam manis pedas kuah tu yang paling penting.

hmmm dah banyak melalut nih...kite tgk resepi la ek..


LAKSA TANPA BELACAN

Bahan2...
  • 2 kilo ikan fresh(penting) - rebus, asingkan isi dan tulang, simpan air rebusan
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 senduk cili kering blend (dalam 20 biji cili kering) - bleh tambah cili padi blend kalu nak pedas..
  • 4-5 keping asam gelugur/keping - tambah lagi kalu suka masam
  • daun kesom
  • bunga kantan - optional
  • garam dan perasa
  • daun2 pelengkap laksa ..- bawang besar dihiris nipis, cili padi potong, daun selom, daun putat...or ape2 jenis daun yang disukai
Cara masak..
  1. blend isi ikan bersama sedikit air rebusan..tapis untuk membuang tulang2 halus.. guna besen tapisan sayur tu..jgn pakai penapis santan..
  2. blend pulak tulang2 ikan tadi bersama air rebusan jugak atau air biasa pun bleh.. dan tapis jugak guna tapisan sayur tu..insyaallah tulang2 halus akan melekat pada tapisan..
  3. air yg guna tu bergantung tahap kepekatan yg disukai..jgn terlalu cair..
  4. blend semua jenis bawang
  5. campur semuanya bersama cili blend..jerang
  6. sambil2 tu bleh masukkan daun kesom, asam keping, garam dan perasa..
  7. bila dah menggelegak tu pandai2 la timbang rasanya..kalu mama buat, mama tak suka masam sgt.so, kalu ada tetamu, mama akan sediakan limau nipis dalam hidangan..
  8. siap....

Thursday, November 10, 2011

salam semuaa...

emmm dah kol 11 malam... rehat jab.
dah agak lama tak post N3 kat blog nih... raya korban baru2 nih mama sekeluarga balik beraya kat pahang.. hampir 9 jam perjalanan..cuti lak cuma 5 ari..2 hari habis dalam perjalanan je...uihh penat gak..
Alif yang belum pun masuk setahun tu mmg terasa sgt kepenatannya..tambah pulak alif susah nak tido dalam kete...aduyaiii.. sehari sblm balik alor staq nih, alif demam.. sepanjang jalan dia muntah....cian anak mama..

ari ni plak, dapat kesan tanda2 demam campak...patut la alif merengek je..
so, mama cuma nak share resepi simple yg mama buat malam nih.. asalnya mama dapat petua utk demam campak ni..kakak ipar suh masakkan sup ayam untuk alif.. so, mama buat je la dengan harapan demam alif berkurangan..

mama masak sup dengan ayam yang agak banyak sbb nak guna isi ayam tu utk wat ayam goreng ketuk nih....heheh nama pun tak komersial...main hentam je..sbb ayam tu kena goreng pastu ketuk ahaks..

oklah..caranya..buatlah sup ayam ikut cara masing2..mama dah tak larat nak angkat mata nih heheh.. dah siap sup tu dengan segala perasa n perhiasan yang anda nak, angkat ayam ikut kuantiti yang dikehendaki.. dibawah ni resepi utk wat ayam goreng tu key..





Bahan-bahan..
  • ayam sup - toskan dari sup.
  • 2-3 ulas bawang putih - tumbuk
  • seinci halia - tumbuk
  • kicap
  • kicap cair - optional
  • garam - sikit je
  • sos tiram
  • serbuk lada putih - optional

cara masak :-
  1. tumbuk lumat bawang putih dan halia..
  2. gaulkan dengan ayam.
  3. tambahkan sedikit garam, kicap, sos tiram, serbuk lada putih..
  4. biarkan sekejap.. - mama tak sempat perap dah hehe
  5. goreng jangan terlalu lama sbb ayam tu dah masak..
  6. angkat ayam tu dan ketuk dengan pisau besar tu atau ape2 je la yang bleh ahakss..
  7. maka jadi la ayam ketuk..
psss...ayam kat atas tu hubby mama yg goreng sbb mama sibuk ngan alif yg tak brape sihat ni...masuk dalam pinggan takde hias2 dah.. terus snap je hahaha...

Monday, October 31, 2011

Sizzling..


Assalamualaikum...

selamat malam..

haa..ni la menu santapan mama n family malam ni..teringin nak makan sizzling..huhuhu..
bahan2 dah lama beli...cuma belum berkesempatan nak buat...resepi pun dah lama copy hehhe..
resepi ni mama amik dari lilydvalley kat MyR..mama tgk ramai yg dah cuba n menjadi..tu yg lagi bersemangat nak buat tu..

sebelum ni nak mkn sizzling, tuju ke tesco la..ni dah pandai wat sendiri, bleh mkn sepuasnya hehehe..

dari segi rasa mmg adik badik la ngan yg mama mkn kat tesco tu..cuma jenis mee je tak sama.. mama guna mee sanggul keluaran cintan..tgk yg tu je ada tanda halal yg diyakini..

risau jugak masa serve kat family kot satgi tak kena ngan selera..en.hubby pun makan mcm takde perasaan pun...tp bila dah nak abis,mama offer tambah lagi...dengan senyum dia angguk kepala...hahaha kire berjaya la tuh...suspen jerr..

ok kita share resepinya...mama CnP ye...





SIZZLING MAMA LYNA...

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- mama guna yang bertulang gak sbb tak jalan kalu guna bhgn dada jer..
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat- mama guna kicap mee utk kasi lg itam huhu
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • lada hitam- tumbuk
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan- mama tak buh pun..
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Sunday, October 30, 2011

Menu Dalam Pantang...ahakss..

Camat Petang...

sure ada yang senyum2 tegok en3 mama ari nih...hahahha...bukan takde en3 lain, tp nak gak kongsi yang nih...

Bg yang dah ada anak maybe biasa la ngan menu nih..mama ni tak tunggu dalam pantang..anak dah besar ni pun masih lagi suke menu ni hehhe..buka selera gitu...

selalunya mama wat menu ni bila bekalan bawang putih yg bersaiz kecik2 tu dah agak banyak...dalam 1 labu bawang putih tu, yang bahagian tgh tu selalunya kecik je..malas dah nak kupas..so, bahagian tu mama simpan..tujuan tu untuk menu ni la ahaksss...

yang best tu, menu ni kalu mama wat, sure akan berebut ngan puteri mama yang sorang tu.. yg lain tak makan..huhuhu...

banyak khasiat bawang putih nih..antaranya merendahkan paras kolesterol dan macam2 lagi... bleh klik SINI utk dapat maklumat lanjut..

ok kita share resepinya..hehe



Bawang Putig Goreng..

  • ambil sebanyak mana pun bawang putih yang anda mau...
  • tak perlu buang kulit...just basuh sekali ngan kulit..
  • panaskan minyak dan goreng bawang tadi hingga nampak kulitnya macam terkopak.. pecah la tu..
  • makan dengan nasik panas..bleh gabung ngan lauk lain... besttttt....bagi mama la hehhe

Friday, October 28, 2011

Simple Butter Cake..

Assalamualaikum...

selamat malam sume..dah tidur ker? hhehehe...
hmm..malam nih mama cuma nak kongsi resepi kek request dr en.hubby.. tetiba lak kali ni dia nak yang ala2 lagenda gitu ..ahaks... butter cake..

so, macam biasa..mama pun godek2 resepi kat cik google..jumpa la 1 resepi yg bg mama agak simple...adunan pun tak banyak..sesuai la kalu dalam proses nak try..
resepi asal bleh tgk kat sini..mama CnP jugak resepi ciptaan saraji dr MyR ni kat bawah utk mudah buat rujukan..

yang best tentang kek nih...lepas siap dibakar..mama pun snap2 gambarnya utk simpanan.. en.hubby dah siap pegang pisau nak potong ekekke.. lepas siap posing kek tu, dalam masa 10 minit dah boliau huhuhu... kire disukai ramai la kan ahakss..

ok...tgk resepinya..


Butter Cake

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh sodium bicarp
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula biasa kastor pun boleh
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu segar- mama pakai susu tepung je + air
  • Telur 2biji

Cara-cara

  1. Ayak gandum,serbuk penaik,sodium bicarp sebanyak 3x
  2. Panaskan oven 170C,sediakan tin pembakar,pukul gula dan butter hingga kembang masukan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang
  3. Masukkan esen vanilla,masukan gandum selang seli dengan susu segar.masukan dalam tin pembakar masak selama 40 minit. Hidangkan untuk makan petang

Tuesday, October 18, 2011

Ayam Sos Pedas...

Pagi yang dingin,... ahaksss... 2, 3 ari ni aura romantik gitu hehehe...

ok tema kita ari ni adalah ayam.. Ayam yang dimasak sos, ditambah cili padi utk meng'kaw'kan rasanya lagi (psss...marah cikgu BM nih heehhe) then dimadukan dengan sayur yang masih ada dalam peti ais hehhe... caca marba..

hmm..banyak keje nih..terus tgk resepi je la ek.. layanzz..


AYAM SOS PEDAS..

Bahan-bahan :
  • beberapa ketul ayam- potong jangan besar sangat. goreng separuh masak dengan garam kunyit..
  • 3-4 biji cili padi..ikut masing2 la senang..*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah atau 1 biji kecil bawang besar*
  • sedikit halia*
  • sedikit kicap cair
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos ikan
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • gula
  • sayur rampai - optional..tak buh pun takpe..
  • serai - optional
Cara masak..
- tumbuk bahan bertanda *
- panaskan sedikit minyak n tumis bahan yang dah ditumbuk. kacau hingga agak garing..
- masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak tadi dengan sedikit air..
- masukkan semua jenis sos dan gula..rasa..tambah apa yang perlu..
- kalu semua dah ok..masukkan sayur rampai kalu nak la...kacau sekejap n ttup api...siappp...

selamat mencubaa..

Petua Simpan Lengkuas..

Selamat petang sumee..

emmm petang yang indah...hehheh..ayat pembuka bicara..

hmmm petang nih mama bukan nak share resepi..tp nak share petua... tp ada kait mengait gak la ngan masakan..

rasanya bg yang rajin ke dapur utk memasak hehhe.. pasti ada yang biasa hadapi masalah lengkuas yang cepat keras.. lengkuas nih selalunya kita guna sedikit je kan..just nak bagi aroma lebih kawww gitu.. kalu beli seketul tu, guna 2, 3 inci dah takleh pakai..

so, mama nak share macamana nak simpan lengkuas supaya mama2 yang lain dapat simpan dalam tempoh yang lama...berbulan2 beb...cuba try hehhe.

masa beli lengkuas tu..pilihlah yang agak muda supaya tak keras sangat... balik cuci bersih dan potong agak2 sebesar ibu jari...ekceli takde saiz yang khusus..ikut suke ati je la... pastu masukkan dalam bekas berpenutup, isi air sampai tenggelam lengkuas tu dan simpan dalam peti ais..

agak2 air dia dah macam berubah warna tu, sila la tukar airnya..dan simpan lagi...insyaallah memang tahan lama..mama tak ingat kat mana mama dapat resepi nih tp mmg membantu mama dalam arena memasak nih (ewahh hehe)



gambar lengkuas ihsan google..

Sunday, October 16, 2011

Ketam oh Ketam...

salam sume...

hmmm teramat la sibuknya sekarang nih...dah dekat nak cuti skool nih lagi banyak plak keje... buat je la dik non..

ni ada sikit ruang masa, kita gunakan sepenuhnya heheh..

sebelum mama mulakan bab en3 ari nih..mama nak ucap dulu epi besday kat asben kesayangan mama tu hehhe... semoga murah rezeki dan dipanjangkan usia dan dirahmati Allah selalu..aminnn..

errr masakan spesel utk besday? haa...yg tu mlm nih punya menu..mama pun tatau nak masak pe lagi..kot2 en.hubby ajak makan luar ke heheh..

oklah kita citer lak bab en3 ari nih..err yg masak semalam sebenarnya hehhe.. en.hubby beli ketam, selalunya mama masak cili, rebus serai atau masak lemak cili padi ni la.. semalam dah malas nak masak menu lain, so mama buat masak lemak cili padi sebab ada kuah..then mama tambah ngan ikan puyu kering goreng...muahss sedap beb..puji sendiri la apa lagi..

ok ni resepinya...boleh di edit ikut citerasa sendri..cam mama la, suka bab edit2 nih ahakss..





KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan:
  • 3-4 ekor ketam yang agak besar - belah 2
  • 4-5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • cili padi - ikut tahap kepedasan yang anda suka..mama letak 4-5 biji + 1 biji cili merah..tak la pedas sangat utk anak2..
  • sekeping kecil asam keping
  • 1 batang serai
  • santan cair - anggaran kuah yang dikehendaki
  • santan pekat - 1/2 hingga 1 cawan . ikut tahap kepekatan yg anda suka..
  • garam
  • gula
Cara masak :
- blend bawang+cili hingga hancur
- masukkan dalam periuk dan masak hingga agak kering..supaya cili tu masak
- masukkan ketam n sedikit je air..kacau hingga sebati
- masukkan santan cair+asam keping+serai
- perasakan dengan garam dan gula..
- bila dah sedap rasanya masukkan santan pekat n kacau sebentar...siap..
senang kan? heheh..

Tuesday, October 4, 2011

Sweet Sour Simple..

Masak pe tu....heheh
emmm dah lama tak share menu lauk kan..
ekceli mama nih lebih banyak masak untuk dinner sbb waktu siang tu keje..kalu masak utk malam tu biasanya simple n cepat siap hehe.. ujung minggu je la bleh masak yang best2 sket
so..kali ni mama nak share resepi sweet sour yang bleh dinikmati seisi keluarga.. bukan pe, bila ada anak2 kecil ni agak susah nak tentukan masakan yang boleh dikongsi bersama :)

jom kita tengok resepi yang simple ni

BAWAL SWEET SOUR

Bahan-bahan
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • sedikit halia - ditumbuk
  • bawang besar - potong bulat
  • cili merah - hiris
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk sos ikan
  • sedikit kicap masin
  • gula
  • garam
cara mama :
- tumis bahan tumbuk hingga naik bau..
- masukkan semua jenis sos.. kuantiti bahan bleh ikut selera sendiri
- percik sedikit kicap masin, gula dan rasa...seimbangkan rasa manis, masin dan masam..
- dah rasa semua..bleh masukkan cili dan bawang besar..kacau dan tutup api dapur anda hehe..
- siap...mudah kan :)

Monday, October 3, 2011

Kuey Teow Kerang....

salam...

dah banyak ari tak jenguk blog nih...
minggu sibuk ngan tugas2 rasmi...bila balik je dah tak larat nak post kat blog..

sejak 2 menjak mama dah agak cekap wat char kuey tiaw nih, rajin plak en.hubby beli kuey tiaw hehheh....anak2 plak kan main lagi order.. bila wat sendiri nih pandai2 la kita ejas tahap kepedasan utk anak2 kan..so, diorg pun suke la..

kemarin en.hubby beli lagi kuey tiaw n request suh mama masak kuey tiaw kerang plak... kalu baca en3 sblm nih kan mama dah bgtau, mama tak baper reti masak kuey tiaw...asik fail je... tp disebabkan permintaan yg tersayang..mama usahakan juga cari resepi yg boleh mama ikut..

cari punya cari dapat la beberapa resepi antaranya dari blog en.mat gebu dan yatiememories..terima kasih atas inspirasi.. maaf jugak sebab mama dah olah apa yang patut mengikut selera mama...




ok kita share resepinya....

Bahan-bahan..
  • sebungkus kuey tiaw
  • sekilo kerang- mama rebus ngan sedikit je air. bila dah terbukak kulit kerang tu terus tutup api...jgn lama2 nanti kerang kecut.. air yg sedikit utk mengekalkan manis kerang tu..
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • kicap pekat* - mama guna "kicap mee" untuk dapatkan warna yang lebih gelap
  • 3 sudu cili kisar - kalu nak pedas bleh tambah
  • 2 sudu sos cili*
  • sedikit kicap cair*
  • 1 sudu sos tiram*
  • renjis sedikit sos ikan - optional
  • kucai
  • taugeh

cara mama masak :

  1. panaskan minyak dan tumis bawang putih
  2. masukkan cili kisar dan kacau hingga agak garing
  3. masukkan semua yang bertanda * dan kacau sebentar..
  4. masukkan isi kerang, kacau sekejap..
  5. buh kuey tiaw dan sayur2.. kacau cepat..
  6. kalu perlu bleh tambah kicap mee utk dapatkan warna yang disukai...
  7. rasa, kalu kurg masin bleh renjiskan sos ikan..
  8. siap....tadaaa...
  9. mama tambah telur mata...hehe..
selamat mencuba yee.. bagi respon kalu jadi...

Friday, September 16, 2011

Laksa Siam..

hmmm... tajuk tu ler menu ari nih hehehe...

Lepas asar nanti ada jamuan raya kat umah jiran..so, tengahari nih cam takmo mkn nasi le plak.. mama bagi cadangan nak masak laksa siam...en.hubby setuju..dia tukar baju n terus p pasar beli apa yg patut...

heheeh ekceli laksa siam nih mama tak penah try wat lagi..tapi makan tu dah banyak kali la ahakss.. apa kata kita cuba ari nih...tak cuba tak tau kan.. :)

mama google gak la nak cari resepi yg sesuai..lepas dapat 2 3 resepi laksa siam yg berbeza, mama pilih dari dapur rosnani kat MyR...thanks sbb kongsi resepi nih..apa pun mama mintak maaf sbb mama pandai2 tukar sket2 mengikut kesesuaian family mama huhu..

bab kuah tu mama wat 2 versi, 1 utk mama n babah,1 lagi utk anak2 mama.. kalu ikut resepi guna cili padi..so utk anak2 mama tak buh, just letak sket cili kisar utk rasa pedas2 manje hehe...

alhamdulillah anak2 suke terutama si abang yg mmg suka mee n yg sama spesies dgnnya...

ni mama CnP resepinya..








Bahan-bahan

· 1 paket laksa kering (rebus & toskan)

· 7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)

· 1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)

· 8-10 helai daun limau(mayang halus) ~mama tak mayang pun..buh sehelai2

· 1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2) ~mama blend terus ngan kuah hehehe

· bahan utk kisar

· isi ikan yg diasingkan tadi

· 10-13 btg cili padi merah

· 1 sudu teh lada hitam

· 2 inci kunyit hidup

· 2 inci lengkuas

· 2 btg serai

· 1 inci halia

· bahan ulam :

· 7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng bersama sedkit minyak sampai perang-ini wajib nih utk ulam)

· kacang panjang=potong nipis2(pilihan)

· timun diracik(pilihan)

· kobis =mayang halus(pilihan)

· taugeh (pilihan)

Cara-cara

1. korang campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.

2. lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin maneh, lemak..

versi mama ~ mama tambah sket asam keping utk balance balik rasa lemak, masin n manis kuah tu

Monday, September 5, 2011

MakaN..MakaN...

Salam...en3 ke 2 kot untuk ari nih..nak gak post heheh..
penang char kuey teaw.. bestttt sesangat... dr dapur che'iza kat MyR..

Actually mama tak berapa pandai... errr memang tak pandai pun goreng kuey tiaw.. selalunya banyak yg tak jd dr yang jadi huhuh... bila p melawat MyR tu, terbekenan plak ngan resepi nih.. balik je keje, terus singgah tesco cari apa yang patut, kuey tiaw suh encik hubby beli kat pasar malam...

bila wat pinggan pertama tu mmg tak jadi. bagi mama la.. yg 1st tu mama pecahkan telur last sekali..nampak kuey tiaw tu cam bersalut plak ngan telur..mama tak suka...wat pinggan yg kedua, mama buh telur sebelum letak kuey tiaw n sayur... jadikk..bestt..gumbira..hehhe

oklah, nak p jamuan raya plak nih..so mama CnP dr dapur che'iza.. maaf ye che'iza.. apa pun time kasih sudi kongsi resepi yg best nih..



Bahan-bahan

* UTK PASTE *

  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
----> bahagian mee tu mama tak ikut...mama goreng sepinggan2.. so, guna dlm segenggam utk sepinggan

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
STAIL MAMA..UNTUK SEPINGGAN CHAR KUEY TIAW
* panaskan sedikit minyak, masukkan 2 sudu makan cili kisar..kacau sampai agak garing.
* masukkan 1/2 sudu paste yang agak pekat tu..kacau sebentar
* masukkan 4, 5 ekor udang ..kacau goreng..
* masukkan air ikut kadar kuah yang diingini..sampai menggelegak
* masukan telur... mama godek2 sket telur tu sebelum tuang sbb untuk sepinggan mama cuma guna dalam 1/2 biji telur..tak suka banyak sangat..
* masa tuang telur, jgn kacau.biar agak masak baru kacau...
* rasa kuah tu...kalu tak cukup perisa..tambah apa yang patut key..
* masukkan segenggam kuey tiaw, kucai, taugeh..kacau sekejap je dan angkat... SIAP..

MooD Raya...

Raya...Raya....Raya..

Mood Raya masih membara nih.. sebelum raya plan nak buat macam2 biskut.. akhirnya satu nih saje yg mama sempat buat...yang lain banyak disumbangkan oleh adik badik mama.. tahun ni mama jadi tuan umah...semua keluarga sambut raya kat umah mama... mmg best la... Meriahh..

Pada adik badik mama..timekasih sebab bawak banyak kueh raya heheh..

Ok kita share ngan resepi biskut ni plak... Mama buat biskut Snow Almond.. mama dapat resepi ni kat MyR.. Amik dari dapur umifeeza..sedap...bleh wat lagi utk raya haji hehhe.. insyaallah
minatak izin CnP ye umifeeza

Biskut Snow Almond

Bahan-bahan

  • BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi - mama guna 1/2 st je...
  • 1 biji kuning telur
BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate - bleh guna susu tepung
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb - mama blend kering, so tak nampak kasar sgt..

Cara-cara

1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.

3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.

4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.

6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.